Jumaat, 20 Februari 2009

keunikan burung camar (seagull)



Rasanya ramai yang tahu kan,macam mana burung camar.burung camar tu hidup dekat laut,menangkap ikan..tapi tak ramai yang tahu kisah di sebalik kehidupan burung camar..ermmm ada sesuatu saya nak kongsi..

Seorang saiantis bernama Tinbergen telah membuat kajian ke atas burung camar.Beliau mendapati apabila anak burung camar menetas daripada telur,ibu burung camar akan mengambil kulit telur tersebut dan akan membuangnya pada satu tempat yang jauh daripada sarangnya..Persolannya, kenapa ya burung tu buat macam tu??? Apa tujuannya.. adakah kesan tajam daripada telur tersebut akan menyebabkan anak burung camar terluka atau cebisan kulit telur tersebut akan buat sarang burung jadi semak dan menggangu anak burung untuk membuat aktiviti..segala persoalan tersebut membuatkan saintis tadi melakukan kajian.dan mendapati segala sangkaannya salah..kulit telur burung camar adalah sangat nipis dan lembut serta tak akan melukakan anak burung camar.


Sebenarnya,setelah puas berfikir dan melakukan eksperiment saintis tersebut menemui satu hepotesis bahawa kulit telur yang tinggal di dalam sarang boleh meningkatkan kadar haiwan pemangsa datang.Jadi,untuk melindungi anak-anaknya, ibu burung camar akan mengutip kulit telur yang tinggal dan terbang ke satu tempat dan membuangnya pada tempat yang lebih jauh..sayangnyaaa ibu camar tu pada anak dia kan..
onblur="try {parent.deselectBloggerImageGracefully();} catch(e) {}" href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiIyK7TpioKZVP9SIAn0oNj1NQOhoBF7SB_KJfk_xo5b5kmAePoO0udONBvqlgBsauc4n0OlszLGu8WaM5RSE6nQfbZOgHUBCqN1EEBAyB7qi6j-DCRUpsbEOJiL-4UxOrPXbcOiyqIKWk/s1600-h/images.jpg">

seekor burung yang hanya di kurniakan otak tapi tidak dikurniakan akal masih mampu untuk bertindak sedemikian.Pastinya ada satu kuasa luar biasa yang menggerakkannya bukan..Menghadiahkan rasa kasih dan sayang pada anaknya dengan begitu indah dan halus sekali..SubhanALLAH, itulah kekuasaan ALLAH..

Tiada ulasan: