Jumaat, 13 Mac 2009

penyakit zoonosis


Penyakit zoonosis adalah penyakit yang ditularkan daripada haiwan, tidak kira haiwan liar mahupun domestik kepada manusia atau sebaliknya. Perkataan ‘zoonosis’ pertama sekali dikenalkan oleh Rudolf Virchaw, seorang saintis fizik berbangsa Jerman yang juga dikenali sebagai ‘bapa pathologi moden’. Zoonosis adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria, virus ataupun parasit yang boleh hidup di dalam badan manusia dan haiwan. Sejenis penyakit adakala dibawa oleh pelbagai jenis haiwan dan adakalanya hanya spesifik kepada haiwan tertentu sahaja. Satu kajian telah dijalankan dan mendapati 1415 spesis haiwan telah dikenal pasti membawa penyakit kepada manusia. Zoonosis terbahagi kepada 3 bahagian besar. Pertama, zoonosis yang berpotensi menjadi endermik seperti leptopirosis dan arthraks. Kedua, penyakit berbahaya yang berpotensi menjadi epidermik seperti SARS, selesema burung, virus nipah. Ketiga, adalah penyakit yang hampir musnah namun memiliki potensi untuk tersebar kembali, seperti rabies(anjing gila).

Salah satu cara penularan penyakit ini kepada manusia ialah melalui serangga(vector). Selain menyebabkan gangguan pada perumah, serangga juga bertindak sebagai penular penyakit. Dalam tubuh serangga, agen penyakit secara biologi dapat berkembang menjadi banyak atau secara mekanikal tidak berkembang dan kemudian ditularkan melalui gigitan kepada manusia atau haiwan. Selain itu vektor juga menularkan penyakit melalui bakteria diantaranya ialah Rickettsia dan Pasteurela pestis (Plaque). Penyakit zoonosis boleh juga disebarkan atau dipindahkan melalui sentuhan secara terus dengan haiwan yang telah dijangkiti. Selain itu, penyakit zoonosis juga boleh disebarkan melalui air minuman yang mengandungi parasit atau bakteria dan ia masuk ke dalam air melalui najis haiwan. Contoh parasit yang disebarkan dengan cara ini ialah cacing pita (tapeworm). Terdapat juga penyakit lain yang disebarkan kepada manusia apabila manusia memakan daging yang telah dijangkiti oleh parasit atau bakteria.


Pusat Kawalan Penyakit(CDD) di Atlanta menyatakan bahawa penyakit yang paling banyak menular di serata dunia ialah zoonosis. Pengarah CDC berkata 11 daripada 12 penyakit yang berjangkit yang menyebabkan masalah kesihatan yang teruk dan yang membawa kematian yang banyak adalah berpunca daripada haiwan.

Antara penyakit zoonosis ialah anjing gila(rabies) yang dibawa oleh kelawar, penyakit arthrax, cowpox dibawa oleh kucing. Selain itu penyakit Rocky mountain spotted fever dan Lyme disease dibawa oleh anjing sementara babi adalah pembawa penyakit zoonosis yang paling banyak antaranya termasuklah SARS, arthrax, influenza dan rabies.

Sabtu, 21 Februari 2009

wah...choosy crab..


Ada sejenis ketam iaitu shore crabe, Carcinuc maenas yang apabila diberi pilihan sangat memilih untuk makan. Mereka akan pilih mkanan yang lebih besar yang boleh memberikan pulangan tenaga yang tinggi.(Get as big as possible!!) tapi yang peliknya,ketam ni tak suak untuk keluar n membuang masa semata2 untk mencari mangsa makanan yang lebih besar.errmm jdi menurut kajian yang dilakukan bahawa gaya pemakanan ketam ini dipengaruhi oleh masa yang diambil untuk mencari makanan dan their ability to handle the prey..No point right, find big prey but cannot carry home.so, when there a lot of food, crab tends to be more choosy and when less of food crab less choosy.ermmm good crab!!!

Jumaat, 20 Februari 2009

keunikan burung camar (seagull)



Rasanya ramai yang tahu kan,macam mana burung camar.burung camar tu hidup dekat laut,menangkap ikan..tapi tak ramai yang tahu kisah di sebalik kehidupan burung camar..ermmm ada sesuatu saya nak kongsi..

Seorang saiantis bernama Tinbergen telah membuat kajian ke atas burung camar.Beliau mendapati apabila anak burung camar menetas daripada telur,ibu burung camar akan mengambil kulit telur tersebut dan akan membuangnya pada satu tempat yang jauh daripada sarangnya..Persolannya, kenapa ya burung tu buat macam tu??? Apa tujuannya.. adakah kesan tajam daripada telur tersebut akan menyebabkan anak burung camar terluka atau cebisan kulit telur tersebut akan buat sarang burung jadi semak dan menggangu anak burung untuk membuat aktiviti..segala persoalan tersebut membuatkan saintis tadi melakukan kajian.dan mendapati segala sangkaannya salah..kulit telur burung camar adalah sangat nipis dan lembut serta tak akan melukakan anak burung camar.


Sebenarnya,setelah puas berfikir dan melakukan eksperiment saintis tersebut menemui satu hepotesis bahawa kulit telur yang tinggal di dalam sarang boleh meningkatkan kadar haiwan pemangsa datang.Jadi,untuk melindungi anak-anaknya, ibu burung camar akan mengutip kulit telur yang tinggal dan terbang ke satu tempat dan membuangnya pada tempat yang lebih jauh..sayangnyaaa ibu camar tu pada anak dia kan..
onblur="try {parent.deselectBloggerImageGracefully();} catch(e) {}" href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiIyK7TpioKZVP9SIAn0oNj1NQOhoBF7SB_KJfk_xo5b5kmAePoO0udONBvqlgBsauc4n0OlszLGu8WaM5RSE6nQfbZOgHUBCqN1EEBAyB7qi6j-DCRUpsbEOJiL-4UxOrPXbcOiyqIKWk/s1600-h/images.jpg">

seekor burung yang hanya di kurniakan otak tapi tidak dikurniakan akal masih mampu untuk bertindak sedemikian.Pastinya ada satu kuasa luar biasa yang menggerakkannya bukan..Menghadiahkan rasa kasih dan sayang pada anaknya dengan begitu indah dan halus sekali..SubhanALLAH, itulah kekuasaan ALLAH..