Jumaat, 13 Mac 2009

penyakit zoonosis


Penyakit zoonosis adalah penyakit yang ditularkan daripada haiwan, tidak kira haiwan liar mahupun domestik kepada manusia atau sebaliknya. Perkataan ‘zoonosis’ pertama sekali dikenalkan oleh Rudolf Virchaw, seorang saintis fizik berbangsa Jerman yang juga dikenali sebagai ‘bapa pathologi moden’. Zoonosis adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria, virus ataupun parasit yang boleh hidup di dalam badan manusia dan haiwan. Sejenis penyakit adakala dibawa oleh pelbagai jenis haiwan dan adakalanya hanya spesifik kepada haiwan tertentu sahaja. Satu kajian telah dijalankan dan mendapati 1415 spesis haiwan telah dikenal pasti membawa penyakit kepada manusia. Zoonosis terbahagi kepada 3 bahagian besar. Pertama, zoonosis yang berpotensi menjadi endermik seperti leptopirosis dan arthraks. Kedua, penyakit berbahaya yang berpotensi menjadi epidermik seperti SARS, selesema burung, virus nipah. Ketiga, adalah penyakit yang hampir musnah namun memiliki potensi untuk tersebar kembali, seperti rabies(anjing gila).

Salah satu cara penularan penyakit ini kepada manusia ialah melalui serangga(vector). Selain menyebabkan gangguan pada perumah, serangga juga bertindak sebagai penular penyakit. Dalam tubuh serangga, agen penyakit secara biologi dapat berkembang menjadi banyak atau secara mekanikal tidak berkembang dan kemudian ditularkan melalui gigitan kepada manusia atau haiwan. Selain itu vektor juga menularkan penyakit melalui bakteria diantaranya ialah Rickettsia dan Pasteurela pestis (Plaque). Penyakit zoonosis boleh juga disebarkan atau dipindahkan melalui sentuhan secara terus dengan haiwan yang telah dijangkiti. Selain itu, penyakit zoonosis juga boleh disebarkan melalui air minuman yang mengandungi parasit atau bakteria dan ia masuk ke dalam air melalui najis haiwan. Contoh parasit yang disebarkan dengan cara ini ialah cacing pita (tapeworm). Terdapat juga penyakit lain yang disebarkan kepada manusia apabila manusia memakan daging yang telah dijangkiti oleh parasit atau bakteria.


Pusat Kawalan Penyakit(CDD) di Atlanta menyatakan bahawa penyakit yang paling banyak menular di serata dunia ialah zoonosis. Pengarah CDC berkata 11 daripada 12 penyakit yang berjangkit yang menyebabkan masalah kesihatan yang teruk dan yang membawa kematian yang banyak adalah berpunca daripada haiwan.

Antara penyakit zoonosis ialah anjing gila(rabies) yang dibawa oleh kelawar, penyakit arthrax, cowpox dibawa oleh kucing. Selain itu penyakit Rocky mountain spotted fever dan Lyme disease dibawa oleh anjing sementara babi adalah pembawa penyakit zoonosis yang paling banyak antaranya termasuklah SARS, arthrax, influenza dan rabies.